13 Disember 2015

Dadah Sampah Masyarakat


Firman Allah Taala di dalam surah al-Baqarah ayat 195
Dan janganlah mencampakkan dirimu dengan segaja ke dalam kemusnahan.

Jelas bahawa ayat ini memberikan hujah bahawa sesiapa sahaja yang menggunakan sesuatu untuk memudaratkan diri adalah haram ke atasnya. 

Ilmu itu adalah cahaya seperti mana pesanan Imam Waqi' kepada Imam Syafie dan begitulah realiti kehidupan ini. Seseorang yang kurang ilmu pengetahuan khususnya mengenai pengetahuan dadah maka kebarangkalian bagi mereka terjatuh ke dalam kancah penagihan dadah adalah sangat besar. Orang yang berilmu akan senantiasa bertindak mengikut kewarasan fikiran yang positif seterusnya menyelamatkannya daripada budaya yang tidak sihat.

Antara faktor yang paling popular bahkan statistik sendiri menunjukkan bahawa pengarauh kawan adalah punca utama seseorang itu terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Begitu ramai remaja dan belia kita yang tersalah memilih kawan dan akhirnya mereka mula terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Ibubapa yang tidak mengawal pergaulan anak-anaknya juga menjadikan anak-anak itu mudah mendengar nasihat kawannya berbanding ibubapanya sendiri. Sepertiamana pepatah arab menyatakan “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Pendidikan agama adalah tunjang kepada akhlak seseorang samada ianya baik ataupun buruk. Islam dengan jelas mengharamkan pengunaan dadah untuk diri kerana dadah telah diqiaskan dengan meminum arak. Bahkan, dadah mendatangkan kemudaratan yang lebih besar sehingga kepada tahap meragut nyawa seseoran yang mengambilnya dan boleh mengacam keselamatan keluarga dan masyarakat.