twitter



Kali ini  ingin saya berkongsi cara memasang Gamin Mobile XT pada Nokia N95. Terlebih dahulu apa itu Gamin Mobile XT?. Saya pasti ramai yang dah tahu dan ramai juga yang belum tahu. Kepada yang belum tahu Gamin Mobile XT ialah satu software Gaminn yang boleh memapar peta mengunakan telifon Symbian yang boleh berhubung dengan teknologi GPS ialah satu pecahan daripada teknologi Sistem Navigasi Satelit Sejagat GNSS (Global Navigation Satellite System) iaitu teknologi utama dalam penggunaan navigasi satelit. GPS adalah satu-satunya sistem GNSS yang berfungsi pada waktu ini dan ia boleh digunakan secara percuma untuk menentukan kedudukan dan boleh digunakan oleh orang awam. Untuk memasang Gamin Mobile XT di Nokia N95 tentunya perlu kepada software. Pertama sekali downdload software Gamin Mobile XT DISINI  Selepas selesai downdload Gamin Mobile XT hubungkan Nokia N95 ke komputer mengunakan kabel dalam  mode mass storage. Double Klip Gamin Mobile XT yang siap di downdload,  gambar berikut akan terpapar dikomputer
Klip Install, setelah siap putuskan sambungan kabel Nokia N95 ke komputer. Langkah seterusnya cari file GarminMobileXT.sis di file manager dalam telifon Nokia N95 dan pilih menu Install. Setelah siap Install,  cari application Gamin Mobile dalam Nokia N95 seterusnya setup. Berikut akan dipaparkan Distance/Speed pilih Metric. Pada ketika ini sound direction dan Maps masih lagi kosong. masuk ke dalam application Gamin Mobile Pilih tools, kemudian setting, cari about. Di situ terdapat nombor unit card id yang merupakan serial number untuk dapatkan key untuk crack Gamin Mobile Simpan nombor tersebut. Untuk dapatkan serial key download keygen DISINI setelah siap downdload keygen double klip fail keygen dam masukkan nombor unit card id dan klik generate pada software product dan bukan pada Maps, Setelah dapatkan id generate perlu create file notepad kosong paste kan nombor generate dalam notepad dan save as (setting type all files) bagi nama file  sw.unl Selepas itu sambungkan Nokia N95 ke komputer mengunakan kabel dalam  mode mass storage copy file sw.unl dan paste kan di dalam foder Garmin. Putuskan sambungan Nokia N95 dari komputer dan buka application Gamin. Kini Gamin sudah berjaya di crack. Klik Agree, kini Gamin sudah fully crack, seterusnya downdload Maps layari DISINI untuk lates Maps, Setelah siap download fail Maps double klip fail Maps Select Destination Location install dalam Drive C atau Drive D atau dimana-mana Drive partition. Selepas itu select display customization tick pada original roads dan install. Klik yes apabila keluar pop up “Do You Wish To Create….”. Klik road poi dan tick pada full. Generate Map! Klik Yes. Kalau keluar “ do u want to copy it into gps device…” klik No. Selepas itu akan keluar pop up off kan u-turn dalam routing-avoidance setup-untick pada U-Turns-DONE. Selepas itu cari file nama gmapsupp.img. Copy file gmapsupp.img kedalam folder Gamin Transferkan mengunakan  mode mass storage, selepas itu download sound direction DISINI Extract file zip tersebut menggunakan winzip atau winrar. Copy folder voice tersebut dan paste kan dalam folder Gamin. Kini Nokia N95 sudah boleh beroperasi seperti gps navigator seperti Gamin Nuvi. Perlu diingat buit in GPS perlu di enable Pergi tools-setting-system-pilih use attached/built in GPS-dan klik enable-done. Di sini ada sedikit penambahan aksesori dinamakan Custom POI, layarai DISINI Selepas download install sama macam install Maps select kompenen pilih Mobile XT(no audio). Locate file tersebut, copy satu folde POI dan paste dalam folder Gamin. Custom POI akan detect di mana tempat yang ada speed trap, pasar malam, touch n go reloads dan sebagainya mengikut update web tersebut. Untuk update Vehicle atau kenderaan pada gps direction downdload DISINI masukkan semua file download tersebut dan pastekan dalam folder Gamin.




Tun Dr. Mahathir menggariskan tujuh kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik, iaitu;
  • Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tapi sekurang2nya tidak bercakap besar.
  • Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
  • Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
  • Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
  • Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya dan juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
  • Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
  • Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.

video

  1. Hukum. Sesungguhnya dadah diharamkan Allah swt.
  2. Kesihatan: Dadah seperti marijuana, kokain dan lain-lain meninggalkan kesan BURUK kepada kesihatan. Malah ia boleh membawa maut. Tambah pula dengan tabiat penagih dadah yang tidak menjaga kesihatan, malas bersenam dan lain-lain.
  3. Sakit mental. Penyakit mental lebih tinggi untuk penagih dadah. Depresi yang berterusan dan kerosakan kepada otat dan sistem saraf hasil dari pengambilan dadah adalah punca utama.
  4. Masa. Kegiatan mengambil dadah bukan sahaja membuang masa dan membahayakan anda, malah ia boleh merosakkan kehidupan anda di dunia ini. Lagi-lagi sekiranya anda perlu meluangkan masa di pusat-pusat pemulihan dan penjara.
  5. Keluarga. Dadah adalah punca pecah-belai keluarga. Penagih dadah kerap menjadi beban kepada keluarga tersayang - mencuri duit, sakit depresi, sakit mental dan lain-lain tabiat yang berpunca dari pengambilan dadah merosakkan institusi keluarga.
  6. Kerjaya. Penagih dadah tiada fokus kerjaya. Dadah adalah fokus mereka. Ramai dibuang kerja disebabkan penyalahgunaan dadah. Adakah anda ingin membuang kerjaya dan keluarga anda demi dadah?
  7. Kawan-kawan. Penagih dadah hidup keseorangan kerana mereka kehilangan keluarga, kawan-kawan yang tidak ingin terlibat sama dengan kegiatan terkutuk itu. Lama-kelamaan, penagih dadah akan mencari sesama dan terus merosakkan jalan kehidupan merakan.
  8. Depresi. Dadah tidak membawa kegembiraan. Penggunaan dadah yang berterusan akan jadikan penggunanya berasa murung, sedih dan hilang semangat. Depresi itu lama-kelamaan boleh membawa masalah lain seperti penyakit mental dan maut!
  9. Duit. Ia tidak menguntungkan sesiapa. Dadah adalah satu pembaziran duit yang amat tinggi. Tambah pula apabila penagih kehabisan duit, mereka akan melakukan apa sahaja untuk melayan penagihan mereka - curi, peras ugut, pinjaman dan lain-lain.
  10. Maut. Dadah membawa maut melalui pelbagai cara - serangan jantung, kemalangan, bunuh diri, over-dose, HIV dan lain-lain.




Dimaklumkan Kepada Peserta Kursus PLC DEAYUNI yang dijadualkan berlangsong pada 17 Febuari 2012 dan 18 Febuari 2012 terpaksa ditunda ke 24 Febuari 2012 dan 25 Febuari 2012, manakala bagi Peserta Kursus PLC dijadualkan pada 24 Febuari 2012 dan 25 Febuari 2012 akan ditunda ke 02 Mach 2012 dan 03 Mach 2012 dan bagi Peserta Kursus 02 Mach 2012 dan 03 Mach 2012 ditunda ke 09 Mach 2012 dan 10 Mach 2012 kerana saya terlibat dengan Peperiksaan Kekompetenan Pendawai Peringkat Institusi GIATMARA dan Mesyuarat Agong AKRAB Kali Ke 3. Masa dan tempat Kursus tidak berubah. Kesulitan amat dikesali.
Semua peserta telah dimaklumkan melalui SMS tetapi ada sebahagai peserta tidak meletakkan Nombor telifon dalam borang permohonan. Harap Maklum dan Terima Kasih



Mesyuarat Agong AKRAB Kali Ke 3 akan diadakan sebagaimana Berikut :

Tarikh : 17 Febuari 2012
Jam : 3 Petang
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Sekolah Menengah Teknik Bachok Tangok.
Semua Ahli AKRAB Di Jemput Hadir.

Aktiviti : Dimulakan dengan Selawat Maulidul Rasul dan Di akhiri dengan bermalam di Pantai Irama Bachok yang diisi dengan aktiviti Memacing dan Menarik Pukat.
Ajinda Mesyuarat Lawat Blog AKRAB Klik Gambar Dibawah




video

Batuk merupakan tindakbalas kerongkong/tekak terhadap simulus pada salur pernafasan dan paru paru. Fungsi sebenar batuk ialah untuk mengeluarkan bahan merbahaya yang terperangkap dalam salur pernafasan. Pada mulanya, udara ditahan oleh glottis daripada keluar kemudian, udara yang ditahan tersebut secara serta merta dilepaskan menyebabkan getaran kuat pada glotis yang kemudiannya menghasilkan bunyi. 

Pada kebiasaannya, batuk adalah disebabkan oleh jangkitan kuman pada salur pernafasan dan paru paru. Walaupun begitu, banyak sebab lain mengapa batuk boleh berlaku. Antaranya ialah tersedut makanan masuk ke kerongkong, merokok, asma, pedih ulu hati, radang bronchus (salur pernafasan) yang kronik, tumor paru paru, kegagalan jantung, dan ubat ubatan tertentu (termasuk ACEi)

Rawatan perlu dijalankan dengan cara mengurangkan punca batuk berlaku seperti berhenti merokok sekiranya batuk berpunca dari merokok. Sekiranya ACEi menyebabkan batuk, maka berhenti dari menggunakannya dan dapatkan ubat jantung yang lain.

Ubat batuk seperti Codein (sejenis opioid) dan dextromethorphan dapat melegakan batuk, namun menggunakan ubat batuk kadang kala tidak elok kerana mukus yang terkumpul dalam salur pernafasan tidak dapat dikeluarkan dan menyebabkan jangkitan semakin merebak

Klasifikasi Jenis batuk:
  • Akut: <3 minggu
  • Sub-akut: 3 minggu - 2 bulan
  • Kronik: >2 bulan
Jenis batuk:
  • Batuk produktif (kahak)
  • Batuk tidak produktif (kering tanpa kahak)
Dalam kanak kanak, bunyi batuk yang berbeza mempunyai tanda penyakit yang mudah dikenalpasti. Dalam kanak kanak, apabila batuk berbunyi seperti anjing menyalak, maka kemungkinan budak tersebut mempunyai penyakit laryngotracheobronchitis (Croup). Sekiranya batuk berbunyi pendek kemungkinan dia mempunyai radang paru paru disebabkan oleh bateria Chlamydia. Batuk khas seperti batuk kokol (whooping cough) pula disebabkan oleh Bardotella Pertussis. Bunyinya dikatakan hampir sama dengan bunyi ayam betina yang terbatuk pendek (stacato) dan berterusan.


 Batuk Keluar Kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
Batuk Tanpa Kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG..
 
Batuk Dan Berasa Gatal Di Kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
Dalam perubatan Tradisional Cina, Cordyceps dokatakan boleh membaiki keadaan paru-paru, merawat asma, menghentikan batuk dan menyingkirkan kahak. Ia di gunakan untuk merawat batuk kokol dan asma yang disebabkan oleh kelemahaan paru-paru dan/ atau ginjal. Kajian moden menunjukkan bahawa Cordyceps berfungsi dengan ketara dalam meningkatkan perembesan epinerfrin, mengembangkan bronkus, menhentikan asma, menolong mengeluarkan kahak dsb. Ia juga berfungsi sebagai rawatan sampingan untuk penyakit ko-pulmonol dan kekgagalan pernafasan.

Bagi  kanak kanak, batuk boleh jadi sesuatu yang biasa dan bukan dikira penyakit sekiranya mereka batuk tidak lebih daripada 10 kali sehari.

Punca yang paling paling paling utama yang menyebabkan batuk akut (batuk yang cepat pulih) ialah virus

Manakala punca yang paling kerap menyebabkan batuk kronik (batuk yang berpanjangan) ialah asma, bronchitis (radang salur pernafasan dalam penghisap rokok), pedih ulu hati, dan radang salur pernafasan yang disebabkan oleh bakteria.

Jangkitan yang selalu menyebabkan batuk ialah demam selesema (common cold), pneumonia, pertusis/batuk kokol, atau batuk kering (TB). Batuk yang berpunca daripada demam selesema pada mulanya disebabkan oleh jangkitan virus seperti Rhinovirus dan Coronavirus. Peringkat awal batuk ini menghasilkan kahak dan batuk untuk membuang kahak adalah baik bagi menyembuhkan penyakit. Pada peringkat ini anda akan batuk sehingga batuk mengganggu tidur. Namun setelah virus dibasmi daripada salur pernafasan, terdapat sisa/baki radang dan iritasi yang masih berlaku pada salur pernafasan yang menyebabkan batuk berkekalan selama seminggu selepas demam tamat. Pada peringkat ini, batuk adalah tanpa kahak dan anda perlu berusaha untuk menahan batuk kerana batuk hanya akan menambah iritasi/radang pada salur pernafasan dan menyebabkan batuk menjadi jadi. Jika anda perasan, sewaktu peringkat ini berlangsung, anda akan bangun pada waktu pagi tanpa batuk sekitar puku 9-10 pagi, bilamana anda mula batuk buat pertama kali untuk pagi itu, anda telah menggalakkan diri anda untuk batuk lagi dan lagi. Atau gunakan ubat batuk seperti Codein atau Dextramethorphane dan steroid untuk melegakan simtom dan punca batuk


Untuk individu yang mempunyai asma, batuk menjadi bertambah teruk dengan asma yang dialami. Asma merupakan alergi pada salur pernafasan. Mengurangkan gerak balas alergi pada salur pernafasan dapat mempercepatkan proses penyembuhan batuk. Ubat yang digunakan ialah Beta-2 agonist seperti Salbutamol atau Anti-muscarinic seperti Ipratropium.

Sekiranya seseorang itu mengalami batuk berpanjangan terutamanya ia tidak berkahak, maka ada kemungkinan dia mengalami asma. Terdapat asma yang istimewa yang hanya dimanifestasi oleh batuk tanpa ciri ciri asma yang lain. Lihat kepada keluarga pesakit tersebut jika ahli keluarganya ada mengalami asma. Sekiranya ada mengalaminya, maka dicadangkan mengambil steroid inhaler bagi mengurangkan punca penyakit.

Radang salur pernafasan kronik (Chronic bronchitis) adalah disebabkan oleh rokok. 

Masalah pedih ulu hati juga menyebabkan batuk. Oleh sebab itu, pesakit perlu diberi anti-asid atau sekiranya tidak boleh dirawat sedemikian perlulah menjalani pembedahan. Pedih ulu hati boleh menyebabkan tisu salur pemakanan berubah bentuk dan mendorong kepada kanser sekiranya dibiarkan.

Pencemaran udara terutamanya pada hari berkabus dan panas, sangatlah menggalakkan gerak balas alergi berlaku dan menyebabkan batuk.

Ubat seperti ACEi yang digunakan untuk mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan penyerapan garam dan air bagi membantu jantung yang lemah juga boleh menyebabkan batuk.

Jangan lupa, jika anak anda selalu batuk tanpa sebab, dia juga berkemungkinan untuk megalami batuk tabiat yang disebabkan dia biasa melakukannya. Kanak kanak ini batuk kerana tabiat dan merasa ketagih untuk batuk lagi. Oleh itu, suruh anak anda untuk tahan batuk dan elakkan dari batuk. Ini mungkin kerana sewaktu dia kecil, dia dikerumuni oleh orang orang yang selalu batuk lalu dia merasa terdorong untuk batuk bersama. Untuk orang dewasa, perkara ini jarang berlaku.

Sebab lain ialah:
  • Tumor yang menghimpit salur pernafasan
  • Sarcoidosis (gejala seperti TB/batuk kering, nodul menghimpit salur pernafasan)
  • Batuk waktu malam adalah disebabkan oleh sakit jantung. Darah yang mengalir ke paru paru dari jantung adalah lebih banyak pada waktu malam sebab posisi berbaring menggalakkan perkara ini berlaku. Oleh sebab itu, pesakit jantung akan mengumpul sedikit air dalam paru paru mereka sewaktu tidur, menyebabkan batuk. 3-4 bantal diperlukan untuk menyelesaikan masalah batuk ini. Sekiranya tanda ini dikesan, pesakit ini perlu dibawa berjumpa dokor secepat mungkin.
  • Pesakit Tourette sindrom juga cenderung kepada batuk.
Komplikasi batuk:
  • Mata merah, subconjunctival hemorrhage
  • Tekanan darah ke otak tinggi  tetapi aliran darah menyusut.
  • Buang najis secara tidak sengaja
  • Hernia (usus terkeluar dari perut) menjadi jadi
  • costochondritis


    video

    Hidung terdiri daripada bahagian eksternal dan internal. Bahagian eksternal terdapat dipermukaan muka dan terdiri daripada rangka penyokong yang dibentuk oleh tulang dan rawan. Rangka hidung diliputi oleh kulit dan permukaan dalamnya dilapisi oleh membran mukus.  Di bawah hidung terdapat dua pembukaan yang disebut lubang hidung atau nares eksternal. Bahagian internal hidung terdiri daripada kaviti yang besar di tengkorak  terletak atas dari mulut dan di antara dua kaviti orbit. Bahagian dalam hidung eksternal dan internal dibahagikan kepada bahagian kanan dan kiri oleh pembahagi vertikal yang dikenali sebagai  septum hidung. Setiap kaviti hidung mempunyai atap, lantai, dinding lateral dan dinding medial (septum hidung). Kaviti hidung membuka di anterior melalui lubang hidung. Posterior, kaviti ini berhubung dengan farinks melalui  pembukaan hidung internal. 

    Fungsi Hidung
      Bulu hidung di dalam kaviti hidung menapis debu dan mikroorganisma dari udara yang masuk dan lapisan mukus yang memerangkapnya. Bekalan darah yang banyak ke membran mukus membantu mengawal udara yang masuk menjadi hampir sama dengan suhu badan di samping melembabkannya. Selain itu hidung juga berfungsi sebagai organ untuk membau kerana reseptor bau terletak di mukosa bahagian atas hidung. Hidung juga membantu menghasilkan dengungan (fonasi). Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong. Berikut adalah masaalah yang sering terjadi kepada hidung
    Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
      
    Hidung Sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
    Bersin
    1. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
    2.  Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


    Dalam perubatan Tradisional Cina, Cordyceps dokatakan boleh membaiki keadaan paru-paru, merawat asma, menghentikan batuk dan menyingkirkan kahak. Ia di gunakan untuk merawat batuk kokol dan asma yang disebabkan oleh kelemahaan paru-paru dan/ atau ginjal/ Kajian moden menunjukkan bahawa Cordyceps berfungsi dengan ketara dalam meningkatkan perembesan epinerfrin, mengembangkan bronkus, menhentikan asma, menolong mengeluarkan kahak dsb. Ia juga berfungsi sebagai rawatan sampingan untuk penyakit ko-pulmonol dan kekgagalan pernafasan


    Anak muda Muslim dan Muslimah boleh meraikan kekasih hati terutama mereka yang telah berada diambang perkahwinan, sama ada sempena Hari Kekasih ataupun pada hari lebaran yang  lain, selama mana mereka memelihara adab dan akhlak Islam, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.

     Menulis tulisannya di Harakahdaily Siri 1 Siri 2 dan turut dimuat dalam blognya Volume 1, Volume 2 beliau berkata antara adab dan akhlak Islam tersebut ialah:
     a] Pastikan tidak berdua-duaan, sebaliknya ditemani mahram;
     b] Tidak mendedahkan aurat apatah lagi berpakaian seksi; dan
     c] Tidak melakukan perbuatan yang dilarang agama

    "Mereka mungkin perlu bertemu pada saat-saat tertentu dengan memelihara adab dan akhlak yang telah saya nyatakan tadi, bagi mereka saling mengenali dan menyelami isi hati mereka sebagaimana mereka perlu membincangkan rancangan masa depan dan persiapan mereka menghadapi gerbang perkahwinan," katanya.

    Namun, tegas Nasrudin, anak muda Muslim perlu mengelakkan budaya asing dan syiar agama lain dibawa masuk mewarnai corak dan gaya kehidupan mereka. "Lantaran Islam sudah lengkap dengan tatacara dan gaya hidup yang indah dan mendamaikan. "Islam tidak pernah menghalang kemahuan dan keperluan manusia tetapi Islam memurnikan kemahuan dan mengurus keperluan mereka agar tidak terhindar dari redha Allah swt Tuhan yang mencipta mereka," tambahnya.

    Menurutnya lagi, meraikan kekasih hati tidak terhad kepada anak muda yang belum berumahtangga, bahkan terlebih wajar ianya diraikan oleh pasangan yang sudah berumahtangga, sama ada yang baru dibina ataupun yang sudah lama. "Keraian tersebut boleh menyuburkan rasa kasih dan cinta yang sekian lama bersemi. Hubungan suami isteri bertambah intim dan keluarga kian erat.

    "Terutama seorang pejuang, terlebih aula ia memiliki rumahtangga yang mendamaikan agar aksi di medan juang lebih berkesan," katanya. Nasrudin mengesyorkan, sempena hari kekasih ataupun apa jua nama hari lebaran yang membawa maksud serupa, diraikan dengan hadiah dan ziarah. "Jika melibatkan pasangan yang belum diijab kabul, pastikan tiga adab dan akhlak yang telah saya tegaskan tadi laksanakan. "Tidak susahkan? Hanya perlu ditemani mahram seperti adik beradik ataupun ibubapa serta berpakaian menutup aurat.  "Ianya untuk keselamatan anda juga. Ingat, kita hidup di zaman yang sangat terdedah kepada kemungkinan maruah kita dicalar dan diragut dengan begitu mudah dan rakus  jika kita tidak mengambil langkah berhati-hati.

    "Saya ucapkan selamat meraikan kekasih hati anda dengan akhlak Islami. Semoga rumahtangga anda, sama ada yang bakal dibina atau yang telah lama dibina, akan senantiasa dirahmati dan diberkati Allah swt. Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, memadu kasih antara dua insan lelaki dan perempuan adalah antara nikmat anugerah Allah swt kepada ummat manusia. "Malah kasih dan cinta yang berputik lalu berbunga dan berbuah inilah menjadikan bumi ini meriah dengan penghuninya. Namun Islam tidak menetapkan hari-hari tertentu untuk meraikannya.

    "Adam dan Hawa pernah memadu kasih. Sunnah mereka berdualah menjadi fitrah ummah yang tidak mungkin boleh dipadam. "Lantas Islam dibawa datang dari tuhan yang sama dengan tuhan yang telah mencipta manusia lalu menyatukannya dengan kasih dan cinta, malah tuhan yang sama jua telah menyusun kehidupan ini dengan penuh sistematik agar cinta tidak bernoda dan kasih tidak menjadi tragedi.

    "Islam mensyariatkan institusi perkahwinan untuk meluruskan kasih dan cinta. Justeru itu, Islam mengizinkan lelaki dan perempuan saling membina perasaan, memupuk rasa kasih serta memekarkan bunga cinta antara mereka selama mana mereka tidak membiarkan syaithan dan iblis menjadi perantara  yang menjerumuskan hubungan mereka ke lembah maksiat dan mungkar," jelasnya.

    Dipetik Dari
    Malaysia Kini

    video

    Valentine Day 
    (Hari Berkasih Sayang) KONONNYA!!!

    Apa pula pandangan Islam?
      
    Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah HARAM

    SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

    Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.
    Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

    Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
     
    Versi pertama. 
    Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

    Versi kedua. 
    Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

    Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

    Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris. Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
     
    Hukum Menyambut Hari Valentine
    Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:
    Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67

    Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

    Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut.  

    Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

    Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”
    Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. 

    Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32

    Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”
    Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. 

    Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)”. –Al-Baqarah (2) : 120

    Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. 

    Firman-Nya Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”. – al-Hijr (15) : 39-40

    Bersandar kepada hujah-hujah diatas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Valentine Day adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke 71 telah memutuskan bahawa amalan menyambut dan merayakan Valentine Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Malah roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengandan diharamkan oleh Islam.

    Copyright dari email :
    Ust. Nasiruddin bin Mohamad
    Pegawai Agama
    GIATMARA MALAYSIA


    1. Mata Menjadi Merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

    2. Mata Menjadi Kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
     
    3. Keluar Tahi Mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
     
    4. Keluar Air Mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
     
    5. Ketegangan Mata Dan Kelopak Mata : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

    MY QTH


    View 5.711157, 102.491154 ( 9W2RJT ) in a larger map

    Album Kenangan