Graduasi

Muhammad Wildam

Graduasi

Muhammad Wildam

Kursus Penjaga Jentera A4 BMI

Majlis Penyampaian Sijil

GIATMARA Kota Bharu

Kenangan semasa bertugas di GIATMARA Kota Bharu

Peperiksaan Di GIATMARA Gaya Sabah

Mengendalikan Peperiksaan Di GIATMARA Gaya Sabah

29 Januari 2017

GLOBAL ONLINE MALL


Peluang Perniagaan Global bersama ATOMY Malaysia Subsidiari ATOMY Korea iaitu satu Syarikat Gergasi MultiNasional yang kini sudah bertapak di 8 Buah Negara. Syarikat ini dengan rasminya telah dilancarkan di Malaysia pada 17 November 2016 Bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Ini bererti Malaysia dengan rasminya merupakan negara ke-9

Ini adalah peluang terbaik buat warganegara Malaysia merebut peluang membina empayar perniagaan e-commerce masing-masing menerusi Syarikat ini ke seluruh dunia. Pastikan anda membaca dan memahami betul-betul maklumat di dalam laman ini agar anda tidak tercicir satu-satunya peluang yang terbaik, murah dan mudah yang amat jarang hadir selama ini. Ingat!!! ini bukan sekadar Multi Level Marketing (MLM) yang anda kenali selama ini.


Kini Satu Kelainan Dalam Perniagaan Networking
ATOMY memperkenalkan rangkaian produk hebat berkualiti premium dari Korea. Terdapat beratus jenis produk yang terdiri dari produk kecantikan wajah, penjagaan badan, kesihatan, penjagaan rumah, makanan, minuman, alatan dapur seperti periuk dan lain-lain. Kebanyakan produk ATOMY merupakan produk keperluan harian yang WAJIB kita guna setiap hari seperti berus gigi, ubat gigi, sabun badan, syampu rambut, sabun basuh, pelembut pakaian dan banyak lagi.  Syarikat amat mementingkan kualiti produk bagi menjamin keberkesanan dalam penggunaan dan ini penting untuk menjadikan perniagaan ATOMY berkekalan dari pembelian ulangan ahli-ahli. Banyak testimoni dari pengguna  dan syarikat juga menawarkan Jaminan Pulangan Wang jika tidak berpuas hati

KONSEP PERNIAGAAN BERBEZA DI ATOMY
Tiada Yuran Pendaftaran Ahli dikenakan untuk menyertai ATOMY ( 100% PERCUMA ) Setelah join anda dapat membeli produk dengan harga ahli berserta dapat mengumpul Bonus Value (PV) dari setiap pembelian produk ATOMY. Keistimewaan kedua adalah dari segi harga produk yang lebih kurang sama dengan harga Produk di Mini Market @ Supermarket malah ada sesetengah produk boleh dibeli dengan harga lebih murah secara Borong. Apa yang paling menarik setiap ahli berpeluang menjana pendapatan lumayan sekiranya mengajak rakan-rakan, adik-beradik , saudara mara menyertai ATOMY . Setiap pembelian dari mereka anda bakal mendapat bonus dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh syarikat. Dengan yuran Keahlian PERCUMA sudah pasti sesiapa pun akan menyertai

100% Keahlian Percuma Tiada Belian Wajib Bulanan
Produk Berkualiti Dan Berkesan Jaminan Pulangan Wang
Harga Rendah Seperti Di Pasaraya Markting Plan Bantu Membantu
Belian Di Hujung Jari ( Online ) Penyertaan/Penajaan Global
Produk Wajib Kegunaan Harian Perniagaan Yang Mudah Di Promosi
Tiada Minima Belian Perniagaan Yang Boleh Diwarisi

 Adakah ATOMY sebuah Syarikat MLM?
Jawapannya "ya" tetapi ianya  bukan sembarangan Syarikat MLM, seperti yang pernah anda tahu atau sertai sebelum ini. Apakah yang uniknya dengan Syarikat MLM e-commerce ini?

Anda tentu pernah ke mini market atau ke supermarket bukan?. Apabila anda memasuki mini market atau supermarket. Anda tentu tidak perlu membayar apa-apa.. bukan? Di dalam kedua-dua premis itu anda bebas berbelanja dan membeli apa sahaja barangan keperluan harian anda.. tanpa tekanan, tanpa paksaan. Anda juga bebas masuk ke premis itu sekadar "window shopping" dan bebas berbelanja ke atas apa saja barang keperluan harian, bila anda rasa perlu untuk membelinya. Tiada Bayaran Masuk dikenakan dan Tiada Yuran apa pun yang perlu anda bayar bukan?


Kenapa Perlu Sertai Kami?
ATOMY umpama mini market dan supermarket tersebut. Bezanya ia adalah Online Mini Market atau Online Supermarket di mana anda boleh "shopping" apa sahaja seperti mana anda berurusan di dua premis di atas tadi. Anda bebas membeli apa saja barang keperluan harian diri dan keluarga anda di syarikat ini. Anda juga boleh saja-saja intai dahulu apa barangan keperluan yang ada dan boleh membelinya kemudian hari nanti. Berbelanjalah mengikut kehendak anda. Tiada Tekanan dan Tiada Paksaan dari sesiapa.

Di sini letaknya KELEBIHAN DAN KEKUATAN A T O M Y  dan kenapa anda perlu mengubah amalan berbelanja anda selama ini. Jika anda adalah seorang pengguna yang pintar (Smart Consumer) Bila anda berbelanja di mini market atau  pasaraya, anda berbelanja mungkin puluhan malah mencecah ratusan Ringgit Malaysia setiap bulan untuk membeli barangan keperluan harian tetapi PERNAHKAN ANDA MENDAPAT APA-APA PENDAPATAN ATAU KOMISYEN dari hasil perbelanjaan anda??? Anda mungkin juga mengajak atau membawa saudara mara dan kawan-kawan berbelanja di premis berkenaan tetapi anda dan mereka tidak pernah dibayar apa-apa pun, apatah lagi bonus atau komisyen setiap bulan. Berbeza di sini anda berpeluang mendapat RM100-RM3000 sehari, bila anda menggalakkan saudara dan kawan anda mengikut anda berbelanja barang keperluan di ATOMY. Inilah yang membezakan dengan kebanyakkan Syarikat MLM lain yang bagaikan satu paksaan memaksa anda keluarkan "duit poket" untuk barangan yang tidak anda perlukan selain mereka mewajibkan anda berbelanja mengikut jumlah/pakej tertentu dan yang pastinya Harga kebanyakan barang MLM mahal dari harga pasaran biasa

http://www.globalbiz4u.com/9w2rjt
 Anda boleh terus menaja setelah join walaupun anda belum membuat sebarang pembelian, maksudnya anda boleh terus membina rangkain kumpulan, anda juga berpeluang mendapat susunan ahli dari upline anda yang aktif menaja, jadi jangan tunggu lama-lama kerana peryertaan amat laju, 100% Join Percuma !

13 Disember 2015

Dadah Sampah Masyarakat


Firman Allah Taala di dalam surah al-Baqarah ayat 195
Dan janganlah mencampakkan dirimu dengan segaja ke dalam kemusnahan.

Jelas bahawa ayat ini memberikan hujah bahawa sesiapa sahaja yang menggunakan sesuatu untuk memudaratkan diri adalah haram ke atasnya. 

Ilmu itu adalah cahaya seperti mana pesanan Imam Waqi' kepada Imam Syafie dan begitulah realiti kehidupan ini. Seseorang yang kurang ilmu pengetahuan khususnya mengenai pengetahuan dadah maka kebarangkalian bagi mereka terjatuh ke dalam kancah penagihan dadah adalah sangat besar. Orang yang berilmu akan senantiasa bertindak mengikut kewarasan fikiran yang positif seterusnya menyelamatkannya daripada budaya yang tidak sihat.

Antara faktor yang paling popular bahkan statistik sendiri menunjukkan bahawa pengarauh kawan adalah punca utama seseorang itu terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Begitu ramai remaja dan belia kita yang tersalah memilih kawan dan akhirnya mereka mula terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Ibubapa yang tidak mengawal pergaulan anak-anaknya juga menjadikan anak-anak itu mudah mendengar nasihat kawannya berbanding ibubapanya sendiri. Sepertiamana pepatah arab menyatakan “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Pendidikan agama adalah tunjang kepada akhlak seseorang samada ianya baik ataupun buruk. Islam dengan jelas mengharamkan pengunaan dadah untuk diri kerana dadah telah diqiaskan dengan meminum arak. Bahkan, dadah mendatangkan kemudaratan yang lebih besar sehingga kepada tahap meragut nyawa seseoran yang mengambilnya dan boleh mengacam keselamatan keluarga dan masyarakat.

12 Disember 2015

Masa

Masa merupakan harta yang paling bernilai bagi manusia. Ia berlalu dengan begitu pantas tampa disedari usia kita semakin meningkat dari tahun ke tahun Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya ‘Al-Waqtu Fi Hayatil Muslim’ telah menggariskan 4 ciri masa iaitu
  1. Masa itu pantas berlari
  2. Masa yang pergi tidak akan kembali
  3. Masa yang berlalu tidak boleh ditukar ganti
  4. Masa merupakan harta yang paling berharga

Itulah yang dimaksudkan masa bagi umur kita. Oleh itu tidak hairanlah, banyak pepatah Arab dan Melayu yang membicarakan tentang masa seperti

  1. Masa itu emas
  2. Masa ibarat pedang
  3. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita
Kesemua ini menunjukkan kepada kita akan kepentingan masa dalam kehidupan. Setiap orang diberikan masa sebanyak 24 jam sehari semalam. Dari zaman Rasulullah SAW, para sahabat Radiallahu Anhum, Ulama Salaf dan Khalaf, sampailah ke zaman moden hari ini, ia tetap tidak berubah Imam As Syafie Rahimahullah telah membahagikan masanya kepada tiga bahagian
  1. Satu pertiga untuk beribadat
  2. Satu pertiga untuk berehat
  3. Satu pertiga lagi untuk bekerja
Rasulullah SAW sendiri selaku pemimpin negara, meluangkan masa malamnya untuk Qiamullail sehingga bengkak kakinya. Apabila ditegur oleh isterinya, Saidatina Aisyah RA, baginda menjawab :

Salahkah sekiranya aku ingin menjadi hamba yang bersyukur

(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Namun persoalannya mengapa kita sering merasakan tidak cukup waktu untuk menyelesaikan segala kerja dan ibadah seharian? Mengapakah kualiti masa kita berbeza dengan kualiti masa Rasulullah SAW dan para sahabat? Sedangkan kita diberikan ruang dan tempoh masa yang sama.

Masa yang ada harus diuruskan dengan sebaik-baiknya. Setiap daripada kita diberikan tempoh masa yang sama, sehari semalam. Tidak berkurang dan tidak berlebih walau sesaat sekalipun. Peri pentingnya peranan masa ini dapat dilihat melalui pengaturan amalan ibadah yang disusun berdasarkan konsep masa dan waktu yang tertentu.

Contohnya ibadah solat difardhukan mengikut waktu-waktu seperti subuh, zuhur, asar, maghrib dan isyak. Ibadah puasa difardhukan di bulan Ramadhan dan ibadah haji pula di bulan-bulan yang telah ditentukan. Sekiranya ibadah ibadah ini dikerjakan sebelum atau pun melepasi waktunya, maka ia dikira sebagai tidak sah.

Sekiranya kita membuka lembaran al-Quran, kita akan mendapati bahawa Allah SWT banyak bersumpah dengan masa. 

Contohnya dalam surah al-Asr (ayat 1-3)


Surah Ad-Dhuha (ayat 1-2)


Surah Al-Lail (ayat 1-2)


Surah Al-Fajr (ayat 1-2)


Surah As-Syams (ayat 1-4)

Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang
Dan bulan apabila ia mengiringinya
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita)

Perkara ini menjadi bukti kepada kita akan kepentingan pengurusan masa di dalam Islam. Kepentingan masa sekiranya tidak dimanfaatkan nescaya akan mendedahkan manusia kepada kerugian dalam hidupnya.

Oleh itu, janganlah kita melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah kerana mengabaikan masa dengan melakukan kerja-kerja yang tidak bermanfaat boleh membawa kebinasaan kepada diri kita sendiri, seperti berborak-borak, asyik melayari facebook dan berwasap, melepak berjam-jam di kedai kopi, pusat-pusat hiburan, pasaraya dan lain-lain.

Dalam menguruskan masa bekerja pula, konsep Fiqh Awlawiyyat perlu diterapkan. Dr. Yusuf al-Qardhawi telah mentakrifkan Fiqh Awlawiyyat (memahami keutamaan) sebagai ‘Menetapkan sesuatu pada martabatnya. Tidak mengkemudiankan apa yang perlu didahulukan atau mendahulukan
apa yang dikemudiankan. Dan tidak mengecilkan perkara yang besar serta membesarkan perkara yang kecil.

Fiqh Awlawiyyat menekankan konsep menetapkan keutamaan dalam membuat perancangan kerja. Berdasarkan Fiqh Awlawiyyat, setiap tugas boleh diukur keutamaannya berdasarkan tiga perkara iaitu
  1. Ad-Dharuriyyat
  2. Al-Hajiyyat
  3. At-Tahsiniyyat
Bagi perkara-perkara dan tindakan yang dianggap sebagai Ad-Dharuriyyat , ia adalah perkara yang sangat penting dan perlu dilaksanakan dengan segera. Contohnya berpakaian menutup aurat, mencari makanan halal dan memiliki rumah perlindungan.

Bagi perkara-perkara dan tindakan yang dianggap sebagai Al-Hajjiyyat, ia adalah perkara yang penting dan sekadar memerlukan perhatian. Contohnya berpakaian kemas, memakan makanan berzat dan berkhasiat dan memiliki rumah yang telah siap dengan pintu dan tingkapnya.

Bagi perkara-perkara dan tindakan yang dianggap sebagai At-Tahsiniyyat, ia adalah perkara yang kurang utama dan tidak segera. Contohnya memilih pakaian cantik, hidangan makanan yang sempurna, rumah yang dilengkapi dengan kipas, karpet, kusyen dan lain-lain.

Dengan cara ini, kita akan memberikan keutamaan kepada perkara perkara yang perlu diberikan keutamaan terlebih dahulu. Kemudian barulah diselesaikan perkara-perkara yang lain.

Justeru, kita hendaklah menguruskan masa dengan baik mengikut keutamaan-keutamaannya. Dan dalam merancang pengurusan masa, kita mestilah mengutamakan ibadah yang wajib dan diikuti dengan yang lain. Marilah kita bersama-sama memastikan agar ibadah-ibadah fardhu diutamakan berbanding dengan urusan-urusan yang lain. Sekiranya kita terlalu sibuk dengan urusan dunia dan memandang remeh urusan ibadah hati tidak akan menjadi tenang dan berasa cukup dengan apa yang ada. Ingatlah, bahawa masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. Uruskanlah masa dengan baik agar dunia dapat dijadikan sebagai ladang yang subur di akhirat nanti.

Sebagaimana hadis daripada Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Dua nikmat yang banyak dilupakan oleh manusia, iaitu nikmat sihat dan waktu lapang”.

(Riwayat al-Bukhari).

Antara pengajaran yang dapat diambil adalah

  1. Umat Islam mestilah memelihara masa kerana masa itu adalah umur bagi kehidupan kita
  2. Dalam merancang pengurusan masa, umat Islam hendaklah bijaksana dalam menentukan kerja-kerja yang lebih penting dan utama untuk dilaksanakan.
  3. Janganlah dibazirkan masa dan umur kita kerana akan merugikan diri kita sendiri ketika di dunia dan di akhirat. Justeru, kita perlu mengguna pakai Fiqh Awlawiyyat dalam menguruskan masa iaitu dengan memberikan keutamaan kepada perkara-perkara yang penting terlebih dahulu. Kemudian barulah diselesaikan perkara-perkara yang lain mengikut keutamaannya.


Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin".





7 Mac 2014

Masjid Baru Kg. Lubuk Kawah


Hari ini 7 Mach 2014 Ahli Qariah Kg. Lubuk Kawah untuk pertama kali nya bersembahyang Jumaat di Masjid baru. Masjid ini dibina bersebelahan dengan masjid lama yang mana tapak masjid ini diderma dan diwakafkan oleh Ahli Qariah Kg. Lubuk Kawah dengan cara membeli tapak secara kaki persegi dengan harga RM 50.00 sekaki persegi pada tahun 2010.


Kerja-kerja pembinaan masjid ini dimulakan pada 1 Julai 2012 oleh Syarikat Hilirmas Diversified Sdn. Bhd. Kos pembinaan Masjid ini disediakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Masjid ini dapat menampong jemaah seramai 500 jemaah.


Ahli Dewan Undangan Negeri Dun Hulu Besut YB. Nawi Mohamad bersama-sama menunaikan solat jumaat di Masjid ini.




 Khutbah Jumaat di masjid Baru Pada 7 Mach 2014

DICATAT OLEH
x_3ca6ff7d