video

Kerajaan Negeri Kedah mengisytiharkan 5 Mei ini sebagai hari cuti umum bagi negeri itu sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada tahun ini. Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, dengan pengumuman itu, orang ramai boleh keluar mengundi pada hari berkenaan dengan selesa. “Pengumuman 5 Mei sebagai hari cuti umum bagi negeri ini adalah bertepatan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Hari Pelepasan 1981,” ujarnya.  Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.

Bagi Negeri Terengganu, Kerajaan negeri hari ini mengisytiharkan 5 Mei ini sebagai cuti Hari Kelepasan Am bagi Terengganu sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah berkata, ia diputuskan hasil perbincangan di antara anggota Exco Kerajaan negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini

Sebelum ini, Kelantan juga mengumumkan 5 Mei ini sebagai hari cuti umum


DICATAT OLEH
x_3ca6ff7d

0 comments :

MY QTH


View 5.711157, 102.491154 ( 9W2RJT ) in a larger map