video

Seperti yang telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad tarikh Hari Raya Aidiladha tahun 2012 jatuh pada hari Jumaat 26 Oktober 2012 bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1433 Hijrah. Jadi, Hari arafah iaitu 9 Zulhijjah jatuh pada hari Khamis ini 25 Oktober 2012. Kepada kita yang tidak menunaikan fardu haji adalah disunatkan berpuasa Arafah kerana fadhilat nya adalah amat besar iaitu dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang akan diampunkan oleh Allah Swt. Oleh itu mari kita menanam azam untuk berpuasa Arafah pada tahun ini bagi merebut ganjaran yang telah disediakan oleh Allah Swt kepada kita.
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Di kaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.”
(Hadis adalah hadis sahih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)
Sabda Rasullullah S.A.W lagi: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-
1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.




DICATAT OLEH
x_3ca6ff7d

0 comments :

MY QTH


View 5.711157, 102.491154 ( 9W2RJT ) in a larger map