Program latihan kemahiran GIATMARA adalah dibentuk berdasarkan konsep modular, praktikal (hands-on) dan employable skills mengikut keperluan semasa dan ditawarkan secara percuma. Program GIATMARA ini merupakan satu usaha ampuh untuk menggalakkan Bumiputera mempertingkatkan kemahiran teknikal mereka dan menjadi usahawan yang berdaya saing di pasaran terbuka

Permohonan ke GIATMARA bagi pengambilan program latihan kemahiran kemasukan sepenuh masa bagi tahun 2012 sudah boleh dibuat sekarang. Program latihan pengambilan 2012 akan bermula pada bulan Januari 2012.

Syarat Kemasukan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Sekurang-kurangnya berumur 15 tahun pada tarikh permohonan.
  3. Bumiputra
  4. Keutamaan diberikan kepada penduduk tempatan
  5. Sihat tubuh badan dan tidak cacat
  6. Berminat dengan bidang yang dipohon
  7. Boleh membaca, menulis dan mengira.
  8. Bagi Kursus Pendawai Elektrik, Teknologi Animasi dan Tool & Die Technology perlu tamat Tingkatan 5. 
Kursus Kemahiran Di GIATMARA Bachok, Kelantan
1. Teknologi Automotif - Tempoh Latihan 1 Tahun
2. Fashion And Dremasking - Tempoh Latihan 6 Bulan
3. Pendawaian Elektrik Satu Fasa - Tempoh Latihan 2 Tahun
4. Pendawaian Elektrik Tiga Fasa - Tempoh Latihan 3 Tahun

Persijilan
1. Sijil Kemahiran GIATMARA - Kepada yang layak semua Kursus
2. Sijil Profesional GIATMARA - GCPA 2.0 Keatas semua Kursus
3. Anugerah CEO - GCPA 3.5 keatas semua Kursus
4. SKM Tahap 1 - Kepada yang layak semua Kursus
5. SKM Tahap 2 - Kepada yang layak Kursus Teknologi Automotif Dan Pendawaian Elektrik Satu Fasa Dan Tiga Fasa Sahaja
6. Kekompetetenan Pendawai Satu Fasa Sekatan PW2 Suruhanjaya Tenaga - Kursus Pendawaian Elektrik Satu Fasa Sahaja
7. Kekompetenan Pendawai Tiga Fasa Sekatan PW4 Suruhajaya Tenaga - Kursus Pendawaian Elektrik Tiga Fasa Sahaja.

Kemudahan
1. Elaun saku RM 200.00 Sebulan sepanjang latihan
2. Latihan Industri selama 9 bulan - Kursus Pendawaian Elektrik Satu Fasa Sahaja
3. Latihan Industri selama 6 bulan - Kursus Pendawaian Elektrik Tiga Fasa Sahaja
4. Kursus Kad Hijau - Kursus Pendawaian Elektrik Satu Fasa Dan Tiga Fasa Sahaja
5. Insurance berkelompok - Semua Kursus
6. Kelas bimbingan Agama - Semua Kursus
7. Kursus Ushawan - Semua Kursus
8. Bantuan dan Pinjaman Usahawan - Ikut Keadaan semasa semua Kursus kepada yang layak selepas tamat latihan
Untuk Permohonan mengikuti Kursus DI GIATMARA Bachok sila hantar borang kepada
Pengurus
GIATMARA Bachok
Kg. Serdang Baru
16310 Bachok
Kelantan

Kursus Separuh Masa Kursus Pendawaian Elektrik Satu Fasa Dan Tiga Fasa Sessi 2012

Kursus Pendawaian Elektrik Satu Fasa
Kelayakan
1. Warga Negara Malaysia
2. Umur 20 Tahun keatas
3. Pendidikan Tamat Tingkatan 5 disekolah bantuan penuh Kerajaan
4. Mempunyai Pengalaman kerja di Kontraktor Elktrik berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga Selama 3 Tahun
5. Mempunyai caruman KWSP atau Perkeso

Kursus Pendawaian Elektrik Tiga Fasa
Kelayakan
1. Warga Negara Malaysia
2. Umur 20 Tahun keatas
3. Pendidikan Tamat Tingkatan 5 disekolah bantuan penuh Kerajaan
4. Telah memiliki Perakuan Kekompetenan Pendawai Satu Fasa Sekatan PW1/PW2 selama 1 Tahun
5. Mempunyai Pengalaman Kerja di Kontraktor Elektrik berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga Selama 1 Tahun
6. Mempunyai caruman KWSP atau Perkeso


0 comments :

MY QTH


View 5.711157, 102.491154 ( 9W2RJT ) in a larger map