Bagi mereka yang akan melanjutkan pelajaran samaada peringkat Diploma atau Ijazah, pinjaman adalah satu keperluan bertujuan untuk membiayai yuran pengajian dan sara hidup semasa pengajian. Banyak badan yang menyediakan pinjaman pendidikan ini, salah satunya MARA. Didalam memohon pinjaman pendidikan MARA salah satu perkara yang perlu disediakan ialah Karangan Perihal Diri Pendidikan dan Kerjaya sebanyak 300 patah perkataan. Disini dikongsi Contoh Karangan Tersebut untuk panduan bakal-bakal Peminjam Pendidikn MARA.

PERIHAL DIRI PERANCANGAN PENGAJIAN DAN KERJAYA

Saya Muhammad Wildam Bin Rozlan, berumur 21 tahun dan lahir pada 21 Mac 1990 di Kg. Lubuk, Kawah, 22000 Jerteh, Besut, Terengganu. Saya merupakan anak yang sulong daripada empat  orang adik-beradik. Saya mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, Jerteh, Besut, Terengganu  dari Darjah 1 hingga Darjah 6 . Kemudian saya menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Seri Nering, Jerteh, Terengganu  sehingga ke Tingkatan 6. Di sekolah dahulu, prestasi pelajaran saya biasa sahaja. Alhamdulillah, keputusan yang saya miliki semasa Sijil Pelajaran Malaysia agak memuaskan.

Sekarang saya ingin melanjutkan pelajaran di IKIP College Program Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) dalam program Diploma Sains Komputer ( Teknologi Maklumat ). Sebelum ini di sekolah saya sering menolong cikgu dalam hal berkaitan Komputer dan multimedia seperti mengedit gambar dan membuat tayangan multimedia. Setelah saya menamatkan pengajian peringkat STPM saya cuba membaiki komputer dengan dengan mengambil maklumat dari internet, Alhamdulilah kini saya mampu membaiki komputer secara kecil-kecillan di Kampung saya, selain itu saya juga mampu membina blog peribadi saya juga blog rakan-rakan di platfon Blogspot.com dan Word Press.com. Selain itu saya juga berkemahiran berkaitan software dan perisian. Oleh itu, dengan mempelajari dalam program Diploma Sains Komputer  ini saya mungkin dapat mengasah lagi kemahiran saya dalam bidang ini. Selepas mendapatkan diploma, saya akan cuba melanjutkan pelajaran dalam ijazah lalu membalas balik apa yang ibubapa saya telah lakukan untuk saya dalam melanjutkan pelajaran supaya menjadi orang yang berguna kepada keluarga, bangsa dan negara.

Jika saya dapat menamatkan pelajaran saya di IKIP College  dengan baik, saya kemudiannya akan cuba mecari kerjaya yang sesuai dengan saya dan sesuai dengan apa yang akan saya belajar. Saya akan mecari pengalaman bekerja selama beberapa tahun untuk mendapat modal, pengalaman dan pelangan dan insya-Allah jika ada rezeki saya akan membuka perniagaan saya sendiri dalam bidang yang saya ceburi iaitu berkaitan dengan komputer. Saya akan membuka syarikat berkaitan komputer  yang dapat melopori satu Malaysia dan mungkin juga di peringkat antarabangsa sambil berusaha membuktikan bahawa bumiputra juga boleh berjaya.

Sekian sahaja serba sedikit perihal mengenai diri saya dan juga rancangan kerjaya yang saya ingin lakukan.


2 comments :

  1. As Salam,nak tanya. Karangan ni kan untuk pinjaman MARA,boleh tak kalau buat karangan tu lebih dari 300?

  1. BOLEH LAH BENGONG...

MY QTH


View 5.711157, 102.491154 ( 9W2RJT ) in a larger map