Ini lah CACA ianya diperbuat daripada campuran gandung, santan kelapa dan manisan yang dimasak. Masakan ini cukup terkenal di Daerah Besut suatu ketika dahulu terutama dimusin menanam dan menuai padi yang mana masakan ini dihidangkan semasa gotong-royong menanam dan menuai padi. Kini masakan ini semakin dilupakan sebagaimana semangat gotong-royong yang semakin pupus dalam masyarakat. Seingat saya sekitar tahun 70an dan 80an masakan ini dihidangkan semasa musim menuai padi sekitar bulan April hingga Jun dan bulan Ogos hingga Oktober musin menanam padi. Musin-musin ini cuaca agak panas menyebabkan aktiviti menuai dan menanam padi agak terhad, untuk menyiapkan kerja menuai dan menanam padi dalam masa yang singkat maka kerja gotong-royong menanam dan menuai padi dibuat sekitar pukul empat petang hingga enam petang. Perlaksanaan menanam padi ketika itu dipenuhi dengan semangat gotong-royong dikalangan komuniti masyarakat. Kini dengan kehadiran jentera moden semangat gotong-royong dalam masyarakat semakin terhakis dan CACA juga semakin dilupakan oleh masyarakat mungkin juga pemuda/pemudi yang lahir sekitar 90an sudah tidak mengenali CACA. Penanaman padi ketika itu hanya untuk keperluan bahan makanan keluarga maka padi-padi yang dituai disimpan dalam tepas/baloh padi (bangsal yang dibuat sebagai tempat menyimpan padi ). Stok padi ini biasanya cukup sehingga musin menuai seterusnya. Oleh kerana tenaga banyak digunakan untuk melaksanakan kerja, masakan CACA ini agak manis bagi membekal keperluan tenaga. Secara umumnya CACA dikenali di Negeri Kelantan dan Terengganu. Bahan-bahan untuk membuat CACA
1. Tepung Gandung 0.5 Kilo Gram 2. Santan Kelapa 1 Liter 3. Manisan ( Menisan ) 3 Keret Kecil ( Ketul ) 4, Gula 300 Gram 5. Garam secukup rasa 6. Air 0.5 Liter 7. Daun Pandan 3 Helai
Ini lah yang dinamakan menisan
Cara-cara memasak CACA 1. Mula-mula tepung gandung dicampur dengan air dan digaul sehingga rata. Pastikan tepung gandung tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat 2. Panaskan santan kelapa, masukkan menisan kacau sehingga hancur, masukkan gula, masukkan garam secukup rasa dan daun pandang biarkan sehingga mendidih. 3. Setelah santan kelapa mendidih masukkan tepung gandung yang telah digaul kedalam santan dengan mengunakan sudu secara perlahan-lahan sehingga habis dan tunggu sehingga tepung gandung masak. 4. Setelah tepung gandung masak boleh lah dihidangkan. CACA ini sesuai dihidangkan bersama minuman petang, tetapi bagi yang bekerja kurang mengunakan tenaga masakan ini tidak boleh sentiasa dimakan kerana ianya terlalu manis dan boleh menyebab kecing manis.

0 comments :

MY QTH


View 5.711157, 102.491154 ( 9W2RJT ) in a larger map